I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, April 25, 2011

PENDIDIKAN ISLAM T4: PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1. SYIRIK

1. Syirik ialah menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu pada sifat, zat atau perbuatan sama ada secara nyata atau tersembunyi. Contohnya mengatakan bahawa Nabi Isa anak Allah SWT atau Allah SWT adalah al-Masih dan sebagainya.


2. Bahagian syirik:


a. Syirik Jali iaitu menyengutukan Allah SWT secara terang-terangan seperti menyembah berhala.

b. Syirik Khafi iaitu menyengutukan Allah SWT secara tersembunyi seperti:


i. Riak iaitu melakukan sesuatu dengan perasaan ingin dipuji dan dihargai oleh orang lain.

ii. Ujub iaitu merasa megah dan kagum dengan diri sendiri.

iii. Takabbur iaitu merasa besar dan hebat.

iv. Sum’ah iaitu mahu kelebihan diri diketahui oleh orang lain.


3. Akibat perbuatan syirik:


a. Terbatal iman.

b. Semua amalan tidak diterima dan tidak mendapat pahala.

c. Di akhirat nanti kekal dalam neraka.


4. Perbuatan syirik yang masih diamalkan:


a. Memakai tangkal azimat.

b. Menziarahi tempat-tempat yang di anggap keramat untuk meminta pertolongan.

c. Mengadakan upacara tertentu se-perti menolak bala.


5. Kesan amalan syirik:


a. Menjatuhkan martabat manusia se-bagai khalifah Allah SWT.

b. Manusia lebih takut kepada mak-hluk lebih daripada khalik.

c. Manusia berpecah belah kerana adanya tukang tenung yang mera-malkan sesuatu yang buruk.


No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD TAKIYUDIN SUKERI © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola