I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 17, 2009

SALAM HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA I'DUL FITRI 1430 HIJRAH
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
"MAAF ZAHIR DAN BATIN"
DARI KAMI SEKELUARGA:
-MUHAMMAD TAKIYUDIN SUKERI
- ADIANAH SAMAM JUIS
- ZAHID ZAKWAN
- YASIR RAHMAN
- HUSNA HANISAH

Panduan Menyambut Hari Raya 1430 Hijrah

Kalimah 'Id ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.Fitri juga bermaksud tabiat semula jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramadan, bertadarus al-Quran, Qiyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

Beberapa Panduan Pengisian ‘Idul Fitri 1430 Hijrah:

1) Persediaan Menyambut ‘Idil Fitri

Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut 'Idil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan. Merayakan ‘Idil Fitri sebenarnya tidak diharuskan membuat persiapan makanan yang enak2, membeli baju baru, memberikan hadiah dan sebagainya. Tetapi sebaliknya, kita harus memahami erti ‘Idil Fitri sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad SAW, yaitu dengan melaksanakan beberapa amalan yang disunnahkan. Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana. Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga.

2) Menghidupkan Malam ‘Idil Fitri

Menghidupkan malam ‘Idil Fitri dengan memperbanyak beribadah, baik berzikir, solat-solat sunat atau membaca al-Qur'an. Yang biasa dilakukan masyarakat adalah melantunkan kalimat takbir yang juga merupakan ibadah yang dianjurkan pada malam Idul Fitri.
Sabda Rasullullah S.A.W pula yang bermaksud: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid."

3) Menghadiri Solat 'Idil Fitri di Masjid atau Surau

Sekalian Muslimin dan Muslimat, tua dan muda, disunatkan menghadiri perhimpunan tahunan tersebut bagi masyarakat Islam setempat. Kehadiran mereka sebagai menghayati syi'ar keagungan Islam dan perpaduan ummah, disamping itu mereka berpeluang bertakbir (membesarkan Allah S.W.T) beramai-ramai, mendengar khutbah 'Idil Fitri, berzikir dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Sebelum pergi ke masjid atau surau, hendaklah kita menjamah sedikit makanan, kerana sunnat menjamah makanan atau juadah terlebih dahulu. Ini menandakan bahawa saat itu sudah tidak lagi diwajibkan berpuasa dan haram hukumnya berpuasa.

Tuesday, September 15, 2009

Persepsi terhadap Lailatul Qadar

Pagi tadi adalah pagi yang kelima saya diamanahkan untuk mengimami solat-solat sunat ketika qiamullail. Saya melihat masyarakat kita hanya menumpukan ibadat pada malam-malam ganjil sahaja (persepsi saya). Melihat kepada penyertaan jamaah dalam solat qiamullail lebih kurang pukul 4 pagi, malam 21 saya berqiam di Masjid Saidina Ali, jamaah (lelaki) yang menghadiri qiam tersebut lebih kurang 60 orang. Manakala malam 22, saya diamanahkan di Surau Taman Kucai, jamaahnya (lelaki) lebih kurang 15 orang sahaja. Pun begitu malam 24, saya qiamullail di Masjid Taman Kenari (pada malam ketika Terawih dan tazkirah cukup ramai), akan tetapi jamaahnya (lelaki) lebih kurang 15 orang. Manakala malam 23 dan 25 saya di Masjid Taman Selasih, jamaah yang hadir kembali ramai (lebih kurang 35 orang), Alhamdulillah.

Memanglah ada hadis yang menyebutkan carilah malam lailatul qadar pada malam ganjil di 10 malam terakhir, akan tetapi Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. telah menunjukkan kepada betapa baginda berada pada 10 malam terakhir, baginda beri'tikaf dan tidak mencampuri isteri-isteri baginda. Ini menunjukkan bahawa dalam 10 malam terakhir tersebut Allah kurniakan ganjaran yang cukup lumayan iaitu pembebasan api neraka.

Apakah kita tidak mahu merebut peluang tersebut? atau kita hanya mahu mencari lailatul qadar? yang malam tersebut tidak ditentukan secara jelas oleh nabi saw. Sama-sama kita fikirkan.. Marilah kita merebut peluang yang masih berbaki yang Allah kurniakan kepada kita dengan amalan-amalan sunat, jangan hanya kita memilih tarikh yang entah pasti atau tidak. Mudah-mudahan Ramadhan yang kita lalui tahun mampu menjadikan kita insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Amin.

Tazkirah Ramadhan di Masjid Taman Kenari

Semalam (14/9/2009 = 25 Ramadhan 1430) saya diamanahkan untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan untuk kali kedua di Masjid tersebut pada Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, nampaknya jemaah di Taman Kenari benar-benar mengambil peluang 10 yang akhir untuk mengimarahkan masjid. Bilangan jemaah pada kali ini lebih ramai berbanding tazkirah kali pertama (16 Ramadhan). Dalam tazkirah kali ini masih disentuh berkaitan Lailatul Qadar yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya untuk direbut dan beberapa panduan menyambut hari raya I'dulfitri yang dianjurkan oleh Syara'.

Thursday, September 10, 2009

Tazkirah Ramadhan di Masjid Saidina Ali (Kem PGA)


Semalam saya diamanahkan untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan di Masjid Saidina Ali (Kem PGA). Perkara yang disentuh dalam tazkirah tersebut ialah berkaitan nuzul Al-quran dan lailatul Qadar. Alhamdulilllah, pelbagai peringkat usia jamaah yang hadir memberi tumpuan serta perhatian terhadap tazkirah tersebut, termasuk golongan muda. mudah-mudahan intisari tazkirah tersebut mampu menyuntik semangat saya serta jamaah untuk merebut peluang 10 malam terakhir yang dijanjikan terdapatnya malam lailatul qadar, amin

Wednesday, September 9, 2009

MARILAH MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN QIAMULLAIL

Marilah menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan melakukan Qiamullail. Berikut jadual Qiam saya di sekitar daerah Kulim:

1. Malam 21: Masjid Saidina Ali (Kem PGA)
2. Malam 22: Surau Taman Kucai
3. Malam 23: Masjid Taman Selasih
4. Malam 24: Masjid Taman Kenari
5. Malam 25: Masjid Taman Selasih
6. Malam 27: Surau Taman Kucai
7. Malam 28: Masjid Taman Selasih
8. Malam 29: Masjid Taman Selasih

Marilah sama-sama kita menggandakan amalan terutama di sepuluh malam terakhir dengan bangun malam melaksanakan solat tasbih, taubat, hajat serta zikir dan tilawatul Quran. Kepada Muslimin Muslimat yang berada di sekitar Kulim dijemput bersama-sama saya menghidupkan malam-malam tersebut.

Sunday, September 6, 2009

Marilah Mencari Lailatul Qadar

Keutamaan malam al-qadr sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran. Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke drajat yang mulia dan abadi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasul-Nya tidak mengemukakan tanda-tanda tertentu, akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah.
Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawa malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman (yang ertinya),

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-qadr. [2] Dan tahukah kamu apakah malam al-qadr itu? [3] Malam al-qadr itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [Surah Al Qadar: 1 - 5]


2. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa malam tersebut terjadi pada malam 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeza-beza, Imam Al Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkataan para ulama dalam masalah ini, lihatlah).

Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi s.a.w. menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).

Pendapat yang paling kuat, berlakunya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang maksudnya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)


3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapatmu jika aku tahu bila malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850), dari Aisyah, sanadnya shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan, halaman 55-57, karya ibnu Rajab al Hanbali).

Saudaraku -semoga Allah memberkati kita dan memberi taufiq kepada kita untuk mentaati-Nya. Kita telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan sholat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada isterimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita yaitu isteri-isterinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).
Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).


4. Tanda-tandanya

Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya- sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.
Dari Ubay radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya), “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).
Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang ertinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” (HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq ertinya setengah, jafnah artinya bejana. Al Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.”)
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).
MUHAMMAD TAKIYUDIN SUKERI © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola