I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 23, 2011

PENDIDIKAN ISLAM T.4: Pelajaran 10

10. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1. Pengertian iman:
Membenarkan dalam hati dan berikrar den-gan lidah serta beramal dengan perbuatan.

2. Contoh perkara-perkara yang membatal-kan iman:
a. Dengan hati:
i. Niat hendak meninggalkan agama Islam.
ii. Yakin bahawa agama lain lebih baik dari Islam.
iii. Ragu-ragu salah satu daripada rukun iman.
iv. Mempersendakan di dalam hati segala hukum Allah SWT.

b. Dengan lidah/ucapan:
i. Menghina al-Quran dan as-Sunnah.
ii. Memuja makhluk setaraf den-gan Khaliq (Pencipta).
iii. Menghina terutama hukum Allah SWT.
iv. Mengaku keluar dan Islam.

c. Dengan perbuatan:
i. Mencampak al-Quran.
ii. Memulia atau merayakan ke-percayaan agama lain.
iii. Mengekalkan dosa besar seper-ti berzina, minum arak,
dan derhaka kepada dua ibu bapa.
iv. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

3. Kesan daripada iman yang kukuh:
a. Mengamalkan akhlak-akhlak yang ter-puji.
b. Berjihad pada jalan Allah SWT.
c. Berani menegakkan kebenaran.
d. Membelanjakan harta pada jalan yang diredai Allah SWT.
e. Menuntut ilmu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
f. Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha.

4. Cara mengelakkan tebatalnya iman:
a. Berpegang teguh kepada ajaran Islam.
b. Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan
keimanan kepada Allah S.W.T.
c. Tidak bergaul dengan mereka yang sering melakukan amalan
yang ditegah oleh Allah S.W.T.
d. Menghadiri kelas-kelas pengajian agama dan pengetahuan am.
e. Mendampingi alim ulama’ dan golongan yang taat pada ajaran Allah S.W.T.
f. Tidak bekerjasama atau melibatkan diri dengan mana-mana pihak
yang melakukan perbuatan yang membatalkan iman.
g. Sentiasa melakukan perbuatan-perbuatan yang meningkatkan
keimanan dam keataatan kepada Allah S.W.T.
h. Mematuhi semua suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya.

5. Antara perkara-perkara yang membatal-kan iman termasuklah:
a. Syirik d. Kurafat
b. Kufur e. Sihir
c. Riddah f. Nifak

No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD TAKIYUDIN SUKERI © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola