Renungan
Blog Isteriku
My Site
Sahabat MTAQ
Sahabat UTM
-
TAJUK PENTING TING 412 years ago
-
Catatan Ramadhan 1433h12 years ago
-
Welcome To Queensland!15 years ago
-
Sahabat SMTK
Akhbar Hari Ini
Islamic Links
Internet Banking
Salam Ukhuwwah
Edu Link
Tuesday, September 27, 2011
SELAWAT NABI KHIDIR A.S.
Bolehlah kita mengamalkan selawat ini selain dari selawat2 yang lain sebagai tanda kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Tuesday, September 13, 2011
Soalan dan Skema Percubaan PMR Kedah 2011
Sahabat-sahabat boleh download soalan dan skema percubaan PMR Kedah 2011 pd link di bawah:
Soalan dan Skema Percubaan PMR Kedah 2011
Thursday, August 4, 2011
Bicara Al-Quran tentang Kurma
Setakat yang diketahui, perkataan yang memberi maksud pohon kurmaatau buah kurma disebut lebih 20 kali di dalam al-Quran. Ia menggunakanbeberapa lafaz iaitu al-Nakhl, al-Nakhlah, al-Nakhil, Rutab dan Linah.
Berbanding kalimah lain, kalimah al-Nakhl paling banyak disebut dalamal-Quran iaitu 11 kali, perkataan al-Nakhil pula diulang sebanyak tujuhkali, manakala perkataan Rutab dan Liinah pula masing-masing disebutsekali.
Secara umumnya, perkataan al-Nakhl memberi maksud pohon kurma.Perkataan al-Nakhlah digunakan untuk maksud sepohon kurma manakalaal-Nakhil pula untuk memberi maksud pohon kurma yang banyak.
Perkataan Rutab pula memberi erti buah kurma yang masak, manakalaperkataan Liinah pula mempunyai pelbagai tafsiran, antaranya pohon kurmayang tidak mengeluarkan ‘ajwah atau kurma nabi dan ia adalah kurma yangpaling bermutu.
Ada yang menafsirkan Liinah sebagai pohon kurma yang masih kecil dansebahagian ulama mengatakan Nakhlah dan Liinah adalah dua nama yangmempunyai maksud yang sama.
Dalam al-Quran, Allah sering mengingatkan manusia bahawa pohon kurmayang tumbuh di bumi ini merupakan salah satu daripada tanda-tandakekuasaan-Nya.
Oleh itu manusia hendaklah memerhatikan kekuasaan Allah itu danmengakui keagungan-Nya. Contohnya, firman Allah SWT yang bermaksud: DanDialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkandengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan daritumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanamanyang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma menguraitangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kamikeluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa.Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah)kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda(kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (al-An’am: 99)
Ayat di atas jelas menunjukkan kekuasaan Allah di dunia ini denganmenumbuhkan pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan. Antaranya kurma,anggur, zaitun dan tumbuhan lain. Semua kejadian itu menunjukkantanda-tanda kekuasaan Allah SWT bagi orang-orang yang beriman.
Nikmat yang wajib disyukuri
Kebun kurma adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusiayang semestinya disyukuri. Cara bersyukur adalah dengan caramenyedekahkan atau mengeluarkan zakat sebahagian daripada hasil buahkurma tersebut kepada fakir miskin.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yangmenjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohonkurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yangserupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah daribuahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlahhaknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakirmiskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidakmenyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-An’am: 141)
Dalam al-Quran, Allah SWT memberi perumpamaan terhadap pohon kurmadalam dua ayat iaitu surah al-Qamar ayat 20 dan surah al-Haqqah ayat 7.
Kedua-dua ayat itu menceritakan kisah kaum ‘Ad yang dimusnahkan Allahkerana keingkaran dan kekufuran mereka dengan ribut yang sangat kuat.
Keadaan kemusnahan mereka itu diumpamakan seperti pohon-pohon kurma yang telah tumbang (Nakhlin mun’aqir) dan pohon-pohon kurma yang sudah usang (Nakhlin Khawiyah).
Dalam surah al-Baqarah ayat 266 pula Allah SWT memberi satuperumpamaan terhadap orang-orang yang menafkahkan hartanya dengan riakdan membangga-banggakan tentang pemberiannya kepada orang lain (tidakikhlas), seperti seorang pemilik kebun kurma dan anggur yang luas namunketika itu dia sudah tua, dia tidak dapat menjaga kebunnya dengan baik,sedangkan ketika itu juga anak-anaknya masih kecil.
Kemudian kebunnya itu musnah kerana terkena angin yang kencang danterbakar oleh api marak. Maksudnya di sini adalah orang yang bersedekahtanpa keikhlasan tidak akan mendapatkan pahala di akhirat nanti sepertikebun kurma tersebut, meskipun luas dan subur tetapi kemudian terbiar,musnah dan terbakar.
Golongan yang ingkar
Dalam surah al-Israk ayat 91, Allah menceritakan kisah orang-orangkafir Mekah yang tidak mampu menandingi al-Quran, meskipun mereka adalahsasterawan yang hebat. Oleh kerana tidak mahu beriman, maka merekamencari pelbagai alasan lain untuk menolak dakwah Nabi SAW.
Mereka turut mencabar agar nabi menunjukkan kemukjizatan-kemukjizatanbaginda. Antara permintaannya adalah nabi membuat kebun kurma dananggur yang mengalir di tengahnya sungai-sungai.
Dalam surah Taha ayat 71 pula diceritakan kemarahan Firaun kepadatukang-tukang sihirnya, selepas mereka beriman kepada Nabi Musa.
Firaun mengancam bahawa dia akan memotong tangan dan kakitukang-tukang sihirnya yang beriman secara bersilang, dan dia akanmenyalib mereka pada pangkal pohon kurma supaya orang ramai melihatkeadaan mereka.
Dalam surah al-Kahfi ayat 32 pula Allah SWT menceritakan kisah duaorang lelaki yang seorangnya mukmin dan seorangnya kafir. Lelaki yangkafir ini mendapat nikmat yang banyak daripada Allah dengan dianugerahikebun anggur dan kurma yang luas. Yang tidak mahu bersyukur dan tidakmeyakini hari kiamat, kebunnya kurmanya di dimusnahkan Allah SWT sebagaihukuman di atas kesombongannya.
Kisah Maryam
Ayat ke 23 hingga 25 dalam surah Maryam menceritakan keadaan Maryamsemasa hendak melahirkan Nabi Isa. Ketika itu Maryam merasa amat sakitsehingga dia bersandar pada pangkal sebatang pohon kurma. Semasa sakittersebut dia mengadu kepada Allah dengan mengatakan alangkah baiknyasekiranya dia mati sebelum ini.
Namun Allah memberi khabar gembira kepadanya melalui malaikat Jibrilagar jangan bersedih kerana Allah telah menciptakan aliran air dibawahnya dan memerintahkannya untuk menggoyangkan pangkal pohon kurmayang berada berhampirannya dan pohon itu akan menggugurkan buah kurmayang masak kepadanya.
Dia kemudiannya meminum air dan memakan buah kurma yang jatuh tersebut untuk mengembalikan kekuatan tubuhnya.
Sungguhpun prinsip umum dalam peperangan mengikut etika Islam ialahlarangan daripada memusnahkan tanaman termasuklah kurma. Namun semasamemerangi orang kafir, tentera Islam diharuskan menebangkan pohon kurmasekiranya ada maslahat dan keperluan untuk melakukannya.
Hal ini dirakamkan oleh firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat lima.
Kurma sama ada pohon dan buahnya sering diulang-ulang oleh Allah SWT dalam al-Quran lebih daripada 20 kali.
Ini memberi gambaran bahawa pohon ini amat dekat di hati masyarakatketika itu apatah lagi ia mempunyai nilai khasiat yang besar kepadakesihatan manusia. Nabi SAW sendiri menjelaskan kelebihan buah kurmadalam beberapa hadis baginda malahan perkara ini turut diakui olehkajian sains moden.
Kelebihan-kelebihan kerana kandungan gizinya menjadikan ia salah satujuadah yang sangat sederhana namun sangat berkhasiat baik semasaberbuka maupun ketika sahur.
Jika kita memilih untuk berbuka dan bersahur dengan kurma makasemaikan pengajaran bagi diri dan seluruh kaum keluarga kita bahwabahawa kurma itu sesungguhnya adalah sebahagian daripada tanda-tandakekuasaan Allah SWT jua.
Tuesday, August 2, 2011
Marilah Membaca Al-Quran
Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan.
Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
Dr. Muhammad al-Zuhaili dalam bukunya Mausu’ah Qadaya Islamiah Mu’asirah 1/328 berkata: “Sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah, dan sesiapa yang mahu berbicara dengan Tuhannya, maka hendaklah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan hidangan Allah yang diturunkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk dinikmati dan dikecapi.”
Sebuah hadis riwayat al-Hakim dan beliau mensahihkannya menyebut: Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka terimalah hidangan-Nya semampu kamu. Sesungguhnya al-Quran ini tali Allah, cahaya yang nyata, penyembuh yang bermanfaat, penyelamat bagi siapa yang berpegang dengannya, kesejahteraan bagi siapa yang mengikutinya. Tidaklah ia menyeleweng, pasti diperbetulkan dan sesat pasti ditunjukkan keajaibannya tidak putus-putus. Ia tidak binasa dengan sebab banyaknya dibaca. Bacalah al-Quran kerana Allah menggandakan kepada kamu pahala pada setiap bacaannya. Setiap huruf dengan sepuluh kebajikan. Adapun sesungguhnya aku tidak berkata ali lam mim satu huruf tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.”
Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.
Sebuah hadis riwayat al-Turmuzi daripada Abi Sa’id bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.”
Marilah kita menyibukkan diri kita dalam bulan Ramadhan ini dengan tilawatil Quran, agar dapatlah kita mendekatkan diri kita kepada Allah disamping memperoleh ganjaran pahala yang sangat besar. Amin..
Monday, July 25, 2011
WASIAT NABI MENJELANG RAMADHAN
Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-
"Wahai manusia!
Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud. Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya. Wahai manusia! Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.
Wahai manusia!
Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya. Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka. Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."
[HR Ibnu Khuzaimah]
Tuesday, July 19, 2011
KUFUR
Tidak percaya kepada Allah SWT dan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
2. Bahagian kufur:
Kufur hakikat
§ Tidak yakin dengan salah satu rukun iman
§ Mempersendakan hukum Islam
§ Tidak percaya balasan di akhirat.
Kufur Nikmat
§ Menggunakan nikmat Allah S.W.T. kejalan maksiat.
§ Tidak bersyukur terhadap pemberian Allah S.W.T
§ Enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat.
3. Kesan Kufur:
a. Kufur akidah dan syariat mem-batalkan iman, manakala kufur akhlak tidak membatalkan iman.
b. Segala amalan tidak diterima oleh Allah SWT.
c. Diseksa dalam neraka.
4. Faktor yang menjadikan seseorang itu kufur:
a. Kurang pegangan agama.
b. Dipengaruhi hawa nafsu.
c. Kemiskinan hidup seperti kemis-kinan.
d. Terpengaruh dengan kemewahan dan kesenangan dunia.
Monday, April 25, 2011
PENDIDIKAN ISLAM T4: PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1. SYIRIK
1. Syirik ialah menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu pada sifat, zat atau perbuatan sama ada secara nyata atau tersembunyi. Contohnya mengatakan bahawa Nabi Isa anak Allah SWT atau Allah SWT adalah al-Masih dan sebagainya.
2. Bahagian syirik:
a. Syirik Jali iaitu menyengutukan Allah SWT secara terang-terangan seperti menyembah berhala.
b. Syirik Khafi iaitu menyengutukan Allah SWT secara tersembunyi seperti:
i. Riak iaitu melakukan sesuatu dengan perasaan ingin dipuji dan dihargai oleh orang lain.
ii. Ujub iaitu merasa megah dan kagum dengan diri sendiri.
iii. Takabbur iaitu merasa besar dan hebat.
iv. Sum’ah iaitu mahu kelebihan diri diketahui oleh orang lain.
3. Akibat perbuatan syirik:
a. Terbatal iman.
b. Semua amalan tidak diterima dan tidak mendapat pahala.
c. Di akhirat nanti kekal dalam neraka.
4. Perbuatan syirik yang masih diamalkan:
a. Memakai tangkal azimat.
b. Menziarahi tempat-tempat yang di anggap keramat untuk meminta pertolongan.
c. Mengadakan upacara tertentu se-perti menolak bala.
5. Kesan amalan syirik:
a. Menjatuhkan martabat manusia se-bagai khalifah Allah SWT.
b. Manusia lebih takut kepada mak-hluk lebih daripada khalik.
c. Manusia berpecah belah kerana adanya tukang tenung yang mera-malkan sesuatu yang buruk.
Sunday, April 24, 2011
BACAAN AL QURAN YANG SANGAT MERDU
Masya Allah.. Subhanallah..
Tersentuh hati ini mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci Al-quran yg diperdengarkan oleh seorang kanak-kanak ketika mengimamkan solat berjamaah.. subhanallah..
mudah-mudahan lebih ramai kanak-kanak zaman sekarang yg dapat membaca dan mengimamkan solat jamaah,. Amin..
Saturday, April 23, 2011
PENDIDIKAN ISLAM T.4: Pelajaran 10
1. Pengertian iman:
Membenarkan dalam hati dan berikrar den-gan lidah serta beramal dengan perbuatan.
2. Contoh perkara-perkara yang membatal-kan iman:
a. Dengan hati:
i. Niat hendak meninggalkan agama Islam.
ii. Yakin bahawa agama lain lebih baik dari Islam.
iii. Ragu-ragu salah satu daripada rukun iman.
iv. Mempersendakan di dalam hati segala hukum Allah SWT.
b. Dengan lidah/ucapan:
i. Menghina al-Quran dan as-Sunnah.
ii. Memuja makhluk setaraf den-gan Khaliq (Pencipta).
iii. Menghina terutama hukum Allah SWT.
iv. Mengaku keluar dan Islam.
c. Dengan perbuatan:
i. Mencampak al-Quran.
ii. Memulia atau merayakan ke-percayaan agama lain.
iii. Mengekalkan dosa besar seper-ti berzina, minum arak,
dan derhaka kepada dua ibu bapa.
iv. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
3. Kesan daripada iman yang kukuh:
a. Mengamalkan akhlak-akhlak yang ter-puji.
b. Berjihad pada jalan Allah SWT.
c. Berani menegakkan kebenaran.
d. Membelanjakan harta pada jalan yang diredai Allah SWT.
e. Menuntut ilmu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
f. Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha.
4. Cara mengelakkan tebatalnya iman:
a. Berpegang teguh kepada ajaran Islam.
b. Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan
keimanan kepada Allah S.W.T.
c. Tidak bergaul dengan mereka yang sering melakukan amalan
yang ditegah oleh Allah S.W.T.
d. Menghadiri kelas-kelas pengajian agama dan pengetahuan am.
e. Mendampingi alim ulama’ dan golongan yang taat pada ajaran Allah S.W.T.
f. Tidak bekerjasama atau melibatkan diri dengan mana-mana pihak
yang melakukan perbuatan yang membatalkan iman.
g. Sentiasa melakukan perbuatan-perbuatan yang meningkatkan
keimanan dam keataatan kepada Allah S.W.T.
h. Mematuhi semua suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya.
5. Antara perkara-perkara yang membatal-kan iman termasuklah:
a. Syirik d. Kurafat
b. Kufur e. Sihir
c. Riddah f. Nifak
Thursday, February 10, 2011
Sepohon Kayu (NADAMURNI)
SEPOHON KAYU DAUNNYA RIMBUN
LEBAT BUNGANYA SETA BUAHNYA
WALAUPUN HIDUP SERIBU TAHUN
KALAU TAK SEMBAHYANG APA GUNANYA
KAMI BERKERJA SEHARI-HARI
UNTUK BELANJA RUMAH SENDIRI
WALAUPUN HIDUP SERIBU TAHUN
KALAU TAK SEMBAHYANG APA GUNANYA
KAMI SEMBAHYANG FARDHU SEMBAHYANG
SUNAT PUN ADA BUKAN SEBARANG
SUPAYA ALLAH MENJADI SAYANG
KAMI BERKERJA HATILAH RIANG
KAMI SEMBAHYANG LIMALAH WAKTU
SIANG DAN MALAM SUDAHLAH TENTU
HIDUP DI KUBUR YATIM PIATU
TINGGALLAH SEORANG DIPUKUL DIPALU
DIPUKUL DIPALU SEHARI HARI
BARULAH IA SEDARKAN DIRI
HIDUP DI DUNIA TIADA BERERTI
AKHIRAT DI SANA SANGATLAH RUGI
Monday, February 7, 2011
Panduan Solat Jamak dan Qasar
Setelah beberapa kali ditanya oleh para pelajarku, maka kali ini saya ingin menghuraikan perkara berkaitan solat jamak dan qasar sebagai panduan kita ketika bermusafir di bumi Allah ini.. SOLAT JAMAK
SOLAT QASAR
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pelawat
Search This Blog
Radio Nasyid FM
Taqwim
Digital Clock
Countdown
Followers
Harga Blog Ini
My site is worth$3,945Your website value?