Renungan
Arkib
-
▼
2009
(27)
-
▼
October
(16)
- Kursus Pemantapan Pengurusan Asrama SMT Zon Utara
- Rakaman Khutbah Jumaat (23.10.09)
- Allah Maha Berkuasa
- Ceramah Pertama (8.30-10.30 mlm)
- Kursus Pengurusan AJK Masjid Peringkat Negeri
- Anak Haram Bercambah
- Khutbah Jumaat (Masjid Daerah Machang) 16.10.09
- Masalah Jenayah yang Berlaku di Sekitar Kita
- Gempa Bumi di Indonesia; Iktibar dari Al-Quran
- Rakaman Khutbah Jumaat (9.10.09)
- Rakaman Kuliah Muslimat (6.10.09)
- Soalan Percubaan SPM 2009 (Pendidikan Islam)
- Gambar Raya I'dulfitri 2009
- Keputusan Percubaan SPM 09
- Rakaman Kuliah 2/10/09
- Kuliah Bulanan (Oktober 09)
-
▼
October
(16)
Blog Isteriku
My Site
Sahabat MTAQ
Sahabat UTM
-
TAJUK PENTING TING 412 years ago
-
Catatan Ramadhan 1433h12 years ago
-
Welcome To Queensland!15 years ago
-
Sahabat SMTK
Akhbar Hari Ini
Islamic Links
Internet Banking
Salam Ukhuwwah
Edu Link
Wednesday, October 28, 2009
Kursus Pemantapan Pengurusan Asrama SMT Zon Utara
Antara program yang dilaksanakan ialah:
1. Ceramah (Peranan dan Tugas Waden)
2. Ceramah (Tatacara Pengurusan Asrama)
3. Ceramah (Dilema Waden - Antara Prosedur dan Budi Bicara)
4. Lawatan ke SMK Tmn Jelutung - Anugerah Asrama 5 Bintang Kebangsaan
5. Bengkel (Usul Penambahbaikkan Aktiviti Asrama)
6. Ceramah (Tatacara Menangani Masalah Disiplin Pelajar).
Mudah-mudahan program yang dilalui selama tiga hari dua malam ini, mampu menjadi penyuntik semangat dalam melaksanakan tugas yang murni ini, dalam memastikan anak-anak bangsa Islam yang cemerlang akademik, sahsiah dan akhlaknya.
Saturday, October 24, 2009
Rakaman Khutbah Jumaat (23.10.09)
Thursday, October 22, 2009
Allah Maha Berkuasa
PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar. Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah. "Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.
Tuesday, October 20, 2009
Ceramah Pertama (8.30-10.30 mlm)
Antara isi ceramah tersebut yang telah disampaikan oleh Tn Sheikh Muzammil, Pegawai Agama daerah Yan ialah:
1. AJK masjid dipilih oleh masyarakat dan secara dasarnya telah dipilih oleh Allah SWT, merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh keikhlasan
2. Hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut fungsi dan jawatan masing-masing.
3. Memikirkan cara yang terbaik untuk menarik perhatian anak-anak qaryah supaya tertarik untuk pergi ke masjid.
4. Memberi penerangan demi penerangan kepada masyarakat berkaitan kepentingan dan kebaikan yang diperolehi daripada sumbangan-sumbangan yang diberikan bagi menampung tabung masjid.
Segala usaha dan pengorbanan AJK-AJK masjid yang disumbangkan bagi proses pengimarahan Rumah Allah ini, mudah-mudahan diberikan ganjaran yang setimpal serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Amin..
Kursus Pengurusan AJK Masjid Peringkat Negeri
Kursus Pengurusan AJK Masjid anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2009 di Sungai Petani Inn. Ust Rasul Khan dan saya selaku Pengerusi dan Setiausaha mewakili Masjid Saidina Ali Kem PGA Kulim.
Sebagai peserta termuda kursus kali ini, banyak pengalaman yang boleh ditimba daripada peserta lain yang kebanyakannya terdiri daripada golongan veteran. Usia emas bukanlah penghalang bagi mereka untuk menerajui pucuk pimpinan dan pengurusan masjid malah ada di antara mereka sudah berkhidmat 20 hingga 30 tahun, Subahanallah... saya bersyukur kerana terpilih dan berpeluang menyertai kursus kali ini. selain menjadi cabaran dan motivasi untuk melaksanakan pengurusan masjid yang cemerlang, mudah-mudahan kursus ini mampu memberikan nalai tambah kepada saya dalam membantu menguruskan institusi masjid di qariyah saya, amin ya rabbalalamin.
Sunday, October 18, 2009
Anak Haram Bercambah
Friday, October 16, 2009
Khutbah Jumaat (Masjid Daerah Machang) 16.10.09
Khutbah Jumaat bertajuk tiga watak manusia yang dibenci oleh Allah SWT. yang mana kupasannya merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 204-205:
Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.”
Antara watak tersebut adalah:
Watak Pertama: Manusia yang bermulut manis dibibir tetapi hati penuh dengan racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Dia boleh dianggap mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya adalah lain dibibir lain dihati.
Pada pandangan agama Islam, manusia seperti ini adalah seorang yang munafik. Zahirnya mengatakan ’Ya’ tetapi batinnya mengatakan ’Tidak’. Manakala dalam masyarakat Melayu, dia dipanggil ’Musuh Dalam Selimut’, ’Musang Berbulu Ayam’ atau ’Telunjuk Lurus Kelingking Berkait’.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Watak Kedua: Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat. Kerosakkan yang dilakukan adalah semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan.
Antara musibah yang menimpa masyarakat dengan adanya manusia sebegini adalah lahir kumpulan yang suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain. Ada yang sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Kita perlu ingat bahawa watak ini tidak dapat menyelesaikan masalah ummah tetapi menambahkan beban masalah buat masyarakat dan negara. Justeru itu, manusia yang terlibat dalam kelompok ini, gemar mencela, mengumpat, mengutuk, memfitnah tanpa dasar yang betul. Adalah suatu kezaliman sekiranya seseorang menuduh orang lain melakukan perbuatan yang tidak dilakukan olehnya.
Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh at-Thobarani:
Mafhumnya: “Janganlah kamu mencaci maki para pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan untuk kamu juga”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Salah satu perkara yang dilakukan oleh mereka ini ialah melalui penyebaran berita palsu dan fitnah. Fitnah dilakukan sama ada melalui perkataan, ucapan atau tulisan. Pada zaman era globalisasi ini pelbagai fenomena fitnah telah muncul. Justeru, umat Islam hendaklah berusaha menolak dan menjauhi daripada terlibat. Alat-alat tekonologi yang maju patut digunakan untuk faedah dan kebaikan manusia dan bukannya disalahgunakan.
Sedarilah bahaya fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jika fitnah terkena kepada pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya. Jika fitnah itu mengenai guru, maka hilanglah kewibawaannya sebagai pendidik. Dan jika fitnah itu mengenai suami isteri, maka bergoncanglah keharmonian rumah tangga dan keluarga.
Firman Allah SWT dalam surah alk-Anfal ayat 25:
Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya”.
Watak Ketiga pula ialah: Manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul, diajak secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.
Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Lantaran itu manusia seperti ini akan menjadikan sesiapa sahaja sebagai ‘Kambing Hitam’ untuk menutup segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.
Kesemua watak manusia yang dinyatakan tadi mengajak kita semua berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan. Untuk itu mimbar menyeru semua pihak dan sidang jemaah sekalian, sedarilah bahawa masyarakat yang bertamadun akan mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara. Semoga dengan sikap sedemikian kita tidak terjerumus ke dalam perbalahan, perpecahan, pencerobohan hak, pertumpahan darah dan sebagainya.
Firman Allah yang bermaksudnya:
“Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka.”
(Surah al-Ahzab:17).
Demikian khutbat Jumaat yang menyentuh tentang sifat serta akhlak buruk yang sepatutnya dihindari oleh semua umat Islam bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dan permusuhan di kalangan umat Islam serta salah anggap terhadap agama Islam maha suci.
Wednesday, October 14, 2009
Masalah Jenayah yang Berlaku di Sekitar Kita
Nenek dibunuh kejam
KUALA TERENGGANU 13 Okt. - Seorang nenek bukan sahaja ditetak di belakang kepalanya dengan objek tajam malah dicekik sebelum dibenam di dalam besen air sehingga lemas di rumahnya di Kampung Pak Sabah, Dungun.
Penoreh wanita maut ditikam
BALING 13 Okt. - Seorang penoreh getah wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di leher di sebatang anak sungai di Kampung Seniyek, Kupang dekat sini pagi ini.
Dua jenayah yang berlaku semalam mengejutkan serta menyedihkan kita, menggambarkan negara kita masih lagi tidak aman dari perbuatan jenayah yang berat ini. Sama-sama kita fikirkan sebagai satu usaha untuk memperbaiki anak-anak bangsa kita yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Kita perhatikan negara jiran kita diuji dengan gempa bumi yang dahsyat, manakala di negara kita, diuji dengan masalah sosial yang semakin membarah ini. sama-samalah kita renungkan..
Sunday, October 11, 2009
Gempa Bumi di Indonesia; Iktibar dari Al-Quran
1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .
2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .
3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .
4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .
5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .
6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]
7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .
9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah.
Marilah sama-sama kita renungkan dan insaf dari kesalahan, kesilapan, keterlanjuran dan maksiat yang telah dilakukan terhadap Allah S.W.T. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah.. Amin..
Saturday, October 10, 2009
Rakaman Khutbah Jumaat (9.10.09)
Tajuk khutbah: Bencana Alam merupakan bala' dan ujian daripada Allah
Download: http://www.mediafire.com/?dvzmjhioj2q
Rakaman Kuliah Muslimat (6.10.09)
Tajuk perbahasan:
1. Dengki
2. Kedekut
boleh download dalam format amr. http://www.mediafire.com/?t12njejko4d
Tuesday, October 6, 2009
Soalan Percubaan SPM 2009 (Pendidikan Islam)
Soalan Percubaan Negeri Kedah
1. Soalan Percubaan SPM 2009 kertas 1
2. Soalan Percubaan SPM 2009 kertas 2
Soalan Percubaan SBP
1. Soalan Percubaan SPM 2009 kertas 1 dan 2
Soalan Percubaan Negeri Kelantan
- Soalan & Skema k1
Soalan Percubaan Negeri Johor
- Soalan kertas 1 & 2 dan Skema k1 & k2
Soalan Percubaan Negeri Terengganu
- Soalan k1 & k2 dan Skema k1 & k2
Soalan Percubaan Negeri Perlis
- Soalan k1 & k2
- Skema k1 & k2
Soalan Percubaan Negeri Pahang
- Soalan & Skema k1 & k2
Monday, October 5, 2009
Saturday, October 3, 2009
Keputusan Percubaan SPM 09
http://www.mediafire.com/?zzycyzvzawj
Rakaman Kuliah 2/10/09
Tajuk perbahasan:
1. Syarat Sah Jumaat
2. Rukun Khutbah
Maaf fail rakaman tersebut format amr.
http://www.mediafire.com/?zudjytwmo0m
Kuliah Bulanan (Oktober 09)
1. 2 Oktober 2009 Surau Kg. Jawa, Butterwort (Kitab Sirrus Salikin)
2. 6 Oktober 2009 Surau Tmn. Tiram, Kulim selepas Asar
(Kuliah Muslimat : Penawar bagi hati)
3. 9 Oktober 2009 Masjid Tmn. Selasih, Kulim (Kuliah Tajwid)
Pelawat
Search This Blog
Radio Nasyid FM
Taqwim
Digital Clock
Countdown
Followers
Harga Blog Ini
My site is worth$3,945Your website value?