I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, September 15, 2009

Persepsi terhadap Lailatul Qadar

Pagi tadi adalah pagi yang kelima saya diamanahkan untuk mengimami solat-solat sunat ketika qiamullail. Saya melihat masyarakat kita hanya menumpukan ibadat pada malam-malam ganjil sahaja (persepsi saya). Melihat kepada penyertaan jamaah dalam solat qiamullail lebih kurang pukul 4 pagi, malam 21 saya berqiam di Masjid Saidina Ali, jamaah (lelaki) yang menghadiri qiam tersebut lebih kurang 60 orang. Manakala malam 22, saya diamanahkan di Surau Taman Kucai, jamaahnya (lelaki) lebih kurang 15 orang sahaja. Pun begitu malam 24, saya qiamullail di Masjid Taman Kenari (pada malam ketika Terawih dan tazkirah cukup ramai), akan tetapi jamaahnya (lelaki) lebih kurang 15 orang. Manakala malam 23 dan 25 saya di Masjid Taman Selasih, jamaah yang hadir kembali ramai (lebih kurang 35 orang), Alhamdulillah.

Memanglah ada hadis yang menyebutkan carilah malam lailatul qadar pada malam ganjil di 10 malam terakhir, akan tetapi Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. telah menunjukkan kepada betapa baginda berada pada 10 malam terakhir, baginda beri'tikaf dan tidak mencampuri isteri-isteri baginda. Ini menunjukkan bahawa dalam 10 malam terakhir tersebut Allah kurniakan ganjaran yang cukup lumayan iaitu pembebasan api neraka.

Apakah kita tidak mahu merebut peluang tersebut? atau kita hanya mahu mencari lailatul qadar? yang malam tersebut tidak ditentukan secara jelas oleh nabi saw. Sama-sama kita fikirkan.. Marilah kita merebut peluang yang masih berbaki yang Allah kurniakan kepada kita dengan amalan-amalan sunat, jangan hanya kita memilih tarikh yang entah pasti atau tidak. Mudah-mudahan Ramadhan yang kita lalui tahun mampu menjadikan kita insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD TAKIYUDIN SUKERI © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola