I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, November 26, 2009

Salam Idul Adha

Selamat Hari Raya Idul Adha
buat semua muslimin muslimat
dari kami sekeluarga..

Monday, November 9, 2009

Rakaman Kuliah Bulanan (6.11.09)

Rakaman kuliah Bulanan pada 6/11/2009 di Surau Ibadurrahman, Kg. Jawa, butterwort (Kitab Sairus Salikin).

Tajuk perbahasan:

1. Syarat Dua Khutbah
2. Syarat Wajib Jumaat

Boleh download dalam format amr

http://www.mediafire.com/?nzn5mmo3ttw

Tuesday, November 3, 2009

Rakaman Kuliah Muslimat (3.11.09)

Rakaman kuliah muslimat pada 3/11/2009 di Surau Tmn Tiram, Lunas (Kitab Penawar bagi Hati).


Tajuk perbahasan:

Bab Pada Menyatakan Kikir dan Cinta Akan Harta


boleh download dalam format amr

http://www.mediafire.com/?ly2tdgyjjn1

Monday, November 2, 2009

Pertandingan Catur PSKPPK Peringkat Negeri Kedah 2009

Pada 29 - 31 Oktober 2009, kali kelima saya mewakili daerah Kulim dalam Pertandingan Catur PSKPPK Peringkat Negeri Kedah 2009 yang diadakan di Jitra, Kedah. Dalam pertandingan tersebut saya menang tiga, seri sekali dan kalah dua kali dalam 6 pusingan (3.5 mata) dan mendapat tempat yang ke 18/44.


Seramai 44 orang peserta mewakili lapan daerah


Teoh (champion 2008) Vs Fauzi (Peng. Teknik Catur Negeri)

Wednesday, October 28, 2009

Kursus Pemantapan Pengurusan Asrama SMT Zon Utara

Pada 26 - 28 Oktober 2009, saya terlibat sebagai peserta Kursus Pemantapan Pengurusan Asrama SMT Zon Utara yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kulim.

Antara program yang dilaksanakan ialah:
1. Ceramah (Peranan dan Tugas Waden)
2. Ceramah (Tatacara Pengurusan Asrama)
3. Ceramah (Dilema Waden - Antara Prosedur dan Budi Bicara)
4. Lawatan ke SMK Tmn Jelutung - Anugerah Asrama 5 Bintang Kebangsaan
5. Bengkel (Usul Penambahbaikkan Aktiviti Asrama)
6. Ceramah (Tatacara Menangani Masalah Disiplin Pelajar).

Mudah-mudahan program yang dilalui selama tiga hari dua malam ini, mampu menjadi penyuntik semangat dalam melaksanakan tugas yang murni ini, dalam memastikan anak-anak bangsa Islam yang cemerlang akademik, sahsiah dan akhlaknya.

Saturday, October 24, 2009

Rakaman Khutbah Jumaat (23.10.09)

Rakaman khutbah jumaat yang disampaikan di Masjid Saidina Ali Kem PGA, Kulim.


Tajuk khutbah: Kecelaan Riba dan Kesannya dalam Kehidupan.


Thursday, October 22, 2009

Allah Maha Berkuasa

MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul




PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar. Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah. "Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.


Dua berita yang dipaparkan merupakan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Sebagai seorang Islam, kita hendaklah mengambil iktibar serta pelajaran dari dua peristiwa tersebut bagi meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT. bukannya mempercayai secara karut marut, kerana ianya boleh merosakkan akidah. Selain itu, pengajaran yang boleh kita ambil dari dua peristiwa ini, kita hendaklah menjaga serta menunaikan solat lima waktu dengan sempurna serta seboleh-bolehnya secara berjamaah di samping memperbanyakkan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Mudah-mudahan kita mendapat keredhaan dan keampunan dari-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, October 20, 2009

Ceramah Pertama (8.30-10.30 mlm)

Malam ini ada slot ceramah bertajuk: Tugas dan Peranan (AJK) Masjid dalam Pengimarahan dan Keceriaan Masjid.


Antara isi ceramah tersebut yang telah disampaikan oleh Tn Sheikh Muzammil, Pegawai Agama daerah Yan ialah:


1. AJK masjid dipilih oleh masyarakat dan secara dasarnya telah dipilih oleh Allah SWT, merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh keikhlasan

2. Hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut fungsi dan jawatan masing-masing.

3. Memikirkan cara yang terbaik untuk menarik perhatian anak-anak qaryah supaya tertarik untuk pergi ke masjid.

4. Memberi penerangan demi penerangan kepada masyarakat berkaitan kepentingan dan kebaikan yang diperolehi daripada sumbangan-sumbangan yang diberikan bagi menampung tabung masjid.

Segala usaha dan pengorbanan AJK-AJK masjid yang disumbangkan bagi proses pengimarahan Rumah Allah ini, mudah-mudahan diberikan ganjaran yang setimpal serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Amin..

Kursus Pengurusan AJK Masjid Peringkat Negeri

Kursus Pengurusan AJK Masjid anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2009 di Sungai Petani Inn. Ust Rasul Khan dan saya selaku Pengerusi dan Setiausaha mewakili Masjid Saidina Ali Kem PGA Kulim.


Sebagai peserta termuda kursus kali ini, banyak pengalaman yang boleh ditimba daripada peserta lain yang kebanyakannya terdiri daripada golongan veteran. Usia emas bukanlah penghalang bagi mereka untuk menerajui pucuk pimpinan dan pengurusan masjid malah ada di antara mereka sudah berkhidmat 20 hingga 30 tahun, Subahanallah... saya bersyukur kerana terpilih dan berpeluang menyertai kursus kali ini. selain menjadi cabaran dan motivasi untuk melaksanakan pengurusan masjid yang cemerlang, mudah-mudahan kursus ini mampu memberikan nalai tambah kepada saya dalam membantu menguruskan institusi masjid di qariyah saya, amin ya rabbalalamin.

Sunday, October 18, 2009

Anak Haram Bercambah


KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu. (Harian Metro: 18 Oktober 2009)







Lemah iman dan keruntuhan akhlak selain wujudnya landskap hiburan yang melampau merupakan faktor utama yang mendorong kepada amalan seks bebas dalam kalangan remaja kini.
Kepada para remaja, mantapkanlah iman dan hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji serta hindarkan diri daripada terjerumus ke lembah maksiat.
MUHAMMAD TAKIYUDIN SUKERI © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola