I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 22, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431 Hijrah



MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Alhamdulillah kita telahpun berada dalam bulan Rabu'ul Awal, bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw. penghulu sekalian nabi dan rasul. Ucapan selawat dan salam ke atas Baginda sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada baginda pembawa risalah Islam ke seluruh alam. Firman Allah dalam surah al-Fath ayat 29 yang bermaksud: "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka". Justeru, marilah kita menghayati bulan kelahiran Nabi ini dengan memperbanyakkan berselawat ke atas baginda serta seboleh mungkin mencontohi dan mengambil suri tauladan dan mengamalkan sunnah-sunnahnya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta beroleh kemenangan, kebahagiaan dunia dan akhirat.





No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD TAKIYUDIN SUKERI © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola