Antara buah yang paling sinonim dengan Ramadan ialah buah kurma.Hakikatnya, kurma adalah sejenis buah yang sering diulang-ulang dalamal-Quran.
Setakat yang diketahui, perkataan yang memberi maksud pohon kurmaatau buah kurma disebut lebih 20 kali di dalam al-Quran. Ia menggunakanbeberapa lafaz iaitu al-Nakhl, al-Nakhlah, al-Nakhil, Rutab dan Linah.
Berbanding kalimah lain, kalimah al-Nakhl paling banyak disebut dalamal-Quran iaitu 11 kali, perkataan al-Nakhil pula diulang sebanyak tujuhkali, manakala perkataan Rutab dan Liinah pula masing-masing disebutsekali.
Secara umumnya, perkataan al-Nakhl memberi maksud pohon kurma.Perkataan al-Nakhlah digunakan untuk maksud sepohon kurma manakalaal-Nakhil pula untuk memberi maksud pohon kurma yang banyak.
Perkataan Rutab pula memberi erti buah kurma yang masak, manakalaperkataan Liinah pula mempunyai pelbagai tafsiran, antaranya pohon kurmayang tidak mengeluarkan ‘ajwah atau kurma nabi dan ia adalah kurma yangpaling bermutu.
Ada yang menafsirkan Liinah sebagai pohon kurma yang masih kecil dansebahagian ulama mengatakan Nakhlah dan Liinah adalah dua nama yangmempunyai maksud yang sama.
Dalam al-Quran, Allah sering mengingatkan manusia bahawa pohon kurmayang tumbuh di bumi ini merupakan salah satu daripada tanda-tandakekuasaan-Nya.
Oleh itu manusia hendaklah memerhatikan kekuasaan Allah itu danmengakui keagungan-Nya. Contohnya, firman Allah SWT yang bermaksud: DanDialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkandengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan daritumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanamanyang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma menguraitangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kamikeluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa.Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah)kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda(kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (al-An’am: 99)
Ayat di atas jelas menunjukkan kekuasaan Allah di dunia ini denganmenumbuhkan pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan. Antaranya kurma,anggur, zaitun dan tumbuhan lain. Semua kejadian itu menunjukkantanda-tanda kekuasaan Allah SWT bagi orang-orang yang beriman.
Nikmat yang wajib disyukuri
Kebun kurma adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusiayang semestinya disyukuri. Cara bersyukur adalah dengan caramenyedekahkan atau mengeluarkan zakat sebahagian daripada hasil buahkurma tersebut kepada fakir miskin.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yangmenjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohonkurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yangserupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah daribuahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlahhaknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakirmiskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidakmenyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-An’am: 141)
Dalam al-Quran, Allah SWT memberi perumpamaan terhadap pohon kurmadalam dua ayat iaitu surah al-Qamar ayat 20 dan surah al-Haqqah ayat 7.
Kedua-dua ayat itu menceritakan kisah kaum ‘Ad yang dimusnahkan Allahkerana keingkaran dan kekufuran mereka dengan ribut yang sangat kuat.
Keadaan kemusnahan mereka itu diumpamakan seperti pohon-pohon kurma yang telah tumbang (Nakhlin mun’aqir) dan pohon-pohon kurma yang sudah usang (Nakhlin Khawiyah).
Dalam surah al-Baqarah ayat 266 pula Allah SWT memberi satuperumpamaan terhadap orang-orang yang menafkahkan hartanya dengan riakdan membangga-banggakan tentang pemberiannya kepada orang lain (tidakikhlas), seperti seorang pemilik kebun kurma dan anggur yang luas namunketika itu dia sudah tua, dia tidak dapat menjaga kebunnya dengan baik,sedangkan ketika itu juga anak-anaknya masih kecil.
Kemudian kebunnya itu musnah kerana terkena angin yang kencang danterbakar oleh api marak. Maksudnya di sini adalah orang yang bersedekahtanpa keikhlasan tidak akan mendapatkan pahala di akhirat nanti sepertikebun kurma tersebut, meskipun luas dan subur tetapi kemudian terbiar,musnah dan terbakar.
Golongan yang ingkar
Dalam surah al-Israk ayat 91, Allah menceritakan kisah orang-orangkafir Mekah yang tidak mampu menandingi al-Quran, meskipun mereka adalahsasterawan yang hebat. Oleh kerana tidak mahu beriman, maka merekamencari pelbagai alasan lain untuk menolak dakwah Nabi SAW.
Mereka turut mencabar agar nabi menunjukkan kemukjizatan-kemukjizatanbaginda. Antara permintaannya adalah nabi membuat kebun kurma dananggur yang mengalir di tengahnya sungai-sungai.
Dalam surah Taha ayat 71 pula diceritakan kemarahan Firaun kepadatukang-tukang sihirnya, selepas mereka beriman kepada Nabi Musa.
Firaun mengancam bahawa dia akan memotong tangan dan kakitukang-tukang sihirnya yang beriman secara bersilang, dan dia akanmenyalib mereka pada pangkal pohon kurma supaya orang ramai melihatkeadaan mereka.
Dalam surah al-Kahfi ayat 32 pula Allah SWT menceritakan kisah duaorang lelaki yang seorangnya mukmin dan seorangnya kafir. Lelaki yangkafir ini mendapat nikmat yang banyak daripada Allah dengan dianugerahikebun anggur dan kurma yang luas. Yang tidak mahu bersyukur dan tidakmeyakini hari kiamat, kebunnya kurmanya di dimusnahkan Allah SWT sebagaihukuman di atas kesombongannya.
Kisah Maryam
Ayat ke 23 hingga 25 dalam surah Maryam menceritakan keadaan Maryamsemasa hendak melahirkan Nabi Isa. Ketika itu Maryam merasa amat sakitsehingga dia bersandar pada pangkal sebatang pohon kurma. Semasa sakittersebut dia mengadu kepada Allah dengan mengatakan alangkah baiknyasekiranya dia mati sebelum ini.
Namun Allah memberi khabar gembira kepadanya melalui malaikat Jibrilagar jangan bersedih kerana Allah telah menciptakan aliran air dibawahnya dan memerintahkannya untuk menggoyangkan pangkal pohon kurmayang berada berhampirannya dan pohon itu akan menggugurkan buah kurmayang masak kepadanya.
Dia kemudiannya meminum air dan memakan buah kurma yang jatuh tersebut untuk mengembalikan kekuatan tubuhnya.
Sungguhpun prinsip umum dalam peperangan mengikut etika Islam ialahlarangan daripada memusnahkan tanaman termasuklah kurma. Namun semasamemerangi orang kafir, tentera Islam diharuskan menebangkan pohon kurmasekiranya ada maslahat dan keperluan untuk melakukannya.
Hal ini dirakamkan oleh firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat lima.
Kurma sama ada pohon dan buahnya sering diulang-ulang oleh Allah SWT dalam al-Quran lebih daripada 20 kali.
Ini memberi gambaran bahawa pohon ini amat dekat di hati masyarakatketika itu apatah lagi ia mempunyai nilai khasiat yang besar kepadakesihatan manusia. Nabi SAW sendiri menjelaskan kelebihan buah kurmadalam beberapa hadis baginda malahan perkara ini turut diakui olehkajian sains moden.
Kelebihan-kelebihan kerana kandungan gizinya menjadikan ia salah satujuadah yang sangat sederhana namun sangat berkhasiat baik semasaberbuka maupun ketika sahur.
Jika kita memilih untuk berbuka dan bersahur dengan kurma makasemaikan pengajaran bagi diri dan seluruh kaum keluarga kita bahwabahawa kurma itu sesungguhnya adalah sebahagian daripada tanda-tandakekuasaan Allah SWT jua.
Renungan
Blog Isteriku
My Site
Sahabat MTAQ
Sahabat UTM
-
TAJUK PENTING TING 412 years ago
-
Catatan Ramadhan 1433h12 years ago
-
Welcome To Queensland!15 years ago
-
Sahabat SMTK
Akhbar Hari Ini
Islamic Links
Internet Banking
Salam Ukhuwwah
Edu Link
Thursday, August 4, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Marilah Membaca Al-Quran
Bulan Ramadhan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan.
Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
Dr. Muhammad al-Zuhaili dalam bukunya Mausu’ah Qadaya Islamiah Mu’asirah 1/328 berkata: “Sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah, dan sesiapa yang mahu berbicara dengan Tuhannya, maka hendaklah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan hidangan Allah yang diturunkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk dinikmati dan dikecapi.”
Sebuah hadis riwayat al-Hakim dan beliau mensahihkannya menyebut: Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka terimalah hidangan-Nya semampu kamu. Sesungguhnya al-Quran ini tali Allah, cahaya yang nyata, penyembuh yang bermanfaat, penyelamat bagi siapa yang berpegang dengannya, kesejahteraan bagi siapa yang mengikutinya. Tidaklah ia menyeleweng, pasti diperbetulkan dan sesat pasti ditunjukkan keajaibannya tidak putus-putus. Ia tidak binasa dengan sebab banyaknya dibaca. Bacalah al-Quran kerana Allah menggandakan kepada kamu pahala pada setiap bacaannya. Setiap huruf dengan sepuluh kebajikan. Adapun sesungguhnya aku tidak berkata ali lam mim satu huruf tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.”
Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.
Sebuah hadis riwayat al-Turmuzi daripada Abi Sa’id bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.”
Marilah kita menyibukkan diri kita dalam bulan Ramadhan ini dengan tilawatil Quran, agar dapatlah kita mendekatkan diri kita kepada Allah disamping memperoleh ganjaran pahala yang sangat besar. Amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)
Pelawat
Search This Blog
Radio Nasyid FM
Taqwim
Digital Clock
Countdown
Followers
Harga Blog Ini
My site is worth$3,945Your website value?