I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 7, 2011

Panduan Solat Jamak dan Qasar

Setelah beberapa kali ditanya oleh para pelajarku, maka kali ini saya ingin menghuraikan perkara berkaitan solat jamak dan qasar sebagai panduan kita ketika bermusafir di bumi Allah ini..


SOLAT JAMAK

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim
Soalt Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib.

Syarat Jamak Takdim :

i.

Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak

ii.

Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram

iii.

Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.


Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

i.

Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.

ii.

Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

Musafirnya tidak bertujuan maksiat.

Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km

Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram

Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)

MEngetahui solat qasar itu menjadi harus baginya

Mengetahui tempat yang hendak dituj, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya

Tidak boleh qada qasar soalt yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'

Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya



Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.





HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :

Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar

Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar


Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :

i.

Solat Zohor dan Asar.

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.

Solat Maghrib dan Isya'

Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama' Takhir dan Qasar:

i.

Solat Zohor dan Asar

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.

Solat Maghrib dan Isya'

Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD TAKIYUDIN SUKERI © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola