I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, October 15, 2010

GOLONGAN YANG DIJAMIN BEBAS DARI NERAKA (HADIS 1)

Satu Perkongsian Ilmu

Empat Rakaat Sebelum dan Sesudah Solat Fardhu Zohor

Daripada Ummu Habibah R.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:

Ertinya: "Sesiapa yang menjaga empat rakaat sebelum solat fardhu Zohor dan empat rakaat setelahnya, Allah akan mengharamkannya dari neraka"

Hadis Riwayat imam ahmad, Abu Daud, An-Nasaie dan At-Tarmizi.

Keterangan oleh Syeikh Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki:

Solat qabliah dan ba'diah amat penting dalam kehidupan setiap individu mukmin. Dengan melakukannya, diri kita akan lebih dekat kepada Allah SWT. di samping mendapat ganjaran yang berganda. Selain itu ianya juga akan menampung kekurangan yang terdapat dalam solat wajib yang dilakukan.

Boleh dikatakan bahawa kebanyakan kita pada hari ini tidak dapat menunaikan solat wajib dengan sempurna seperti yang dituntut dalam hadis Nabi saw. yang bermaksud: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".

Namun begitu, kekurangan yang terjadi akan dilengkapi apabila ianya diiringi dengan solat sunat qabliah dan ba;diah. solat sunat ini bukan sahaja dapat menampung kekurangan solat wajib, bahkan ianya juga mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.

Dalam hadis yang diriwayatkan di atas, jelas mununjukkan bahawa empat rakaat sunat yang dilakukan secara berterusan sebelum dan selepas fardhu Zohor akan menyelamatkan orang yang mengerjakannya daripada azab siksaan api neraka di akhirat kelak.

Wallahu a'lam..

Muslimin muslimat yang dimuliakan, marilah kita mempertingkatkan ibadah kita kepada Allah terutama dalam menjaga solat sunat qabliah dan ba'diah Zohor ini, agar nanti kita berbahagia di akhirat sana. Amin.. Bersama-sama juga kita berdoa ke hadrat Allah agar memberi kekuatan kepada kita supaya istiqomah dalam setiap amalan yang kita laksanakan nanti.
MUHAMMAD TAKIYUDIN SUKERI © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola